Melayari bahtera hidup ini bukan mudah...berpegang teguhla pada dua panduan yg kekal kebenarannya...
AL-QURAN dan AS SUNNAH...insyaAllah,,bahagia kekal untukmu,,

Tuesday, July 11, 2023

KEHILANGAN ๐Ÿ‚

Lama aku menutup kerasnya hati untuk mencoret luka yang paling dalam ini, baru hari ini jiwa ini terusik untuk melakarnya. 

6 Januari 23, 6.04 am.. Saat azan subuh yang suci berkumandang.. Mama pergi dijemput Ilahi..

Tidak pernah sesat diri ini bersedia untuk menghadapi kehilangan ini.. Tapi jauh di dasar ini, aku harus redha akan ketetapanNya.. Ini lah tarikh yang paling sugul dalam hidup ini. Sehingga saat jari-jemari mula mencoret curahan hati ini, pecah air mata ku yang lama aku tanggung.

Ini lah nukilan yang paling ikhlas dari nurani ini.. Sungguh aku seorang yang tidak mahir untuk mempamerkan rasa melalui reaksi fizikal.. apatah lagi untuk meluahkan rasa sedih rindu pekat memendam ini. 

15 hari.. Allah berikan kepada aku untuk menyantuni Mama dengan sehabis daya ku.. Sejak usia 13 tahun aku mula jauh dek kerana mengejar ilmu dan impian.. Jarang sungguh aku berada di kampung halaman.. 
15 hari.. Aku berada di sisi Mama.. Tidak cukup untuk aku buat semuanya..terlalu singkat.. 

Mama.. istirehatlah dengan tenang di sana.. Segala derita sakit yang ditanggung dah disembuhkan Nya dengan jemputan Nya yang sangat indah ketika itu.. kami menyaksikannya.. 

Saat kepergiaan Mama.. diiringi laungan azan Subuh yang suci dari kemunafikan.. 
Saat itu juga..Bulan purnama indah mendekati ruang Unit Kecemasan Sultan Ahmad Shah Medical Centre..Kami menyaksikannya.. 

Air mata kami panas deras mengalir sambil dingin Subuh memujuk hati kami. . 

Kami redha Ya Allah.. Kau mengambil Yang Tersayang kami dengan penuh keindahan.. Larat dengan senyuman terukir pada wajahnya.. seolah terlalu lega diangkat segala keperihan dunia. 

Selamat beristirehat wahai Mamaku sayang.. Semoga Mama ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.. Doaku tidak akan putus buat Mama.. itu JANJIKU.

Salam rindu salam cinta buat Mamaku 
Alfatihah buat Mamaku, Norleha binti Bakar๐ŸŒน

Sunday, February 7, 2021

PhD? .. Philosophy?


PhD : Perjalanan sunyi dan keseorangan? Nukilan : Dr.Mazita Ahmad

Kita sering mendengar orang menyebut perjalanan pengajian PhD ini suatu perjalanan yang sunyi dan keseorangan. Justeru sangat sinonim, PhD juga menerima jolokan dengan pelbagai makna yang tersirat seperti Permanent head Damage, Pengajian Habis Dah dan juga Perjalanan Hati dan Doa.

Suatu ketika dulu, saya juga antara insan yang pernah mengalami situasi yang sama. Ada ketikanya agak sunyi dan keseorangan. Lalu, saya terfikir mengapa perasaan ini ‘dianugerahkan’ oleh Allah SWT kepada saya. Iya…tidak dinafikan jalan cerita dan lakaran ujian masing-masing di antara kita tidaklah sama. Namun, apa jua coretan suka dan duka dalam perjalanan ini akan berakhir dengan matlamat yang sama. Bukanlah sekadar berjaya menghabiskan pengajian ini dalam erti kata lain sekadar ingin memiliki sekeping ijazah yang membawa kepada suatu gelaran.

Bukan!

Bukan itu sebenarnya nilaian ilmu yang dikutip sepanjang perjalanan ini. Ilmu yang diperoleh dengan cara digali melalui pembacaan buku, kajian, jurnal, menghadiri bengkel, konvensyen dan sebagainya hanyalah sekadar membantu kita memenuhi manuskrip tesis untuk keperluan akademik. Namun, ilmu yang ‘tersembunyi’ di sebalik pencarian tersebut adalah merupakan inti pati ilmu kehidupan yang amat berharga dan bernilai. Kita merupakan orang-orang yang dipilih oleh Allah SWT untuk melalui perjalanan ini. Pilihan Allah SWT itu sudah pastinya tepat!

Bolehlah dianalogikan perjalanan pengajian PhD ini ibarat memasuki suatu terowong yang panjang. Walaupun kita semua menuju suatu destinasi yang sama, namun jarak atau panjangnya terowong seseorang itu berbeza di antara satu sama lain. Usahlah kita merasa gusar dan berkeluh kesah apabila mengetahui terowong rakan kita lebih pendek perjalanannya daripada kita. Terlalu sukar dan subjektif untuk mengatakan bahawa panjang atau pendeknya jarak terowong seseorang itu bergantung kepada itu dan ini.

Di sepanjang perjalanan dalam terowong ini kita akan melewati pelbagai situasi. Ada kalanya tiada langsung cahaya yang menyuluhi, ada ketika pula kelihatan cahaya yang samar-samar dan mungkin bonus kepada kita apabila kita mendapat suluhan cahaya yang terang benderang daripada kiri dan kanannya. Dugaan melalui terowong yang gelap gelita ditambah pula dengan jalan yang retak dan berliku menyukarkan lagi perjalanan. Tentunya kita akan teraba-raba dan mungkin berkali-kali tergelincir, rebah, jatuh justeru cedera dan terluka. Lantas kita cuba bangun semula untuk meneruskan perjalanan. Hidup dalam terowong yang begitu gelap dan keseorangan sudah pasti membuatkan hati kita merasa terseksa. Jiwa kita bertambah derita apabila tiada seorang pun teman yang sudi menghulurkan tangan dan membimbing kita pada ketika itu.

Nah!

Di sinilah kita temui jawapan mengapa perasaan sunyi dan keseorangan itu dialami. Kita merasa sunyi kerana tiada teman yang kita rasakan boleh berkongsi kegusaran yang dialami. Kita sering mengeluh rasa sunyi ini, kita juga sering merasa resah dengan situasi yang dialami. Adalah menjadi suatu bebanan kepada kita sekiranya kita sibuk untuk menguruskan diri dan emosi kita sendiri tanpa memulangkan kembali urusan tersebut di bawah pentadbiran Allah.

Sebenarnya Allah SWT 'sengaja' memberikan perasaan sunyi dan keseorangan itu agar kita dapat kembali ‘bersahabat’ denganNya. Maka, jalan paling awal untuk ‘bersahabat’ denganNya adalah melalui doa. Persediaan untuk berdoa pula adalah dengan menyediakan hati yang bersih dan ikhlas. Kita hendaklah sentiasa bersangka dengan sangkaan yang baik terhadap Allah SWT kerana Allah SWT akan berikan sesuatu mengikut sangkaan hambaNya. Hati yang bersih dan ikhlas akan mengadu dan merintih kepada Allah SWT. Mengapa perlu lagi kita mengadu kepada Dia sedangkan kita sedia maklum bahawa jika kita tidak memberitahu dan mengadu sekalipun Allah sedia mengetahuinya? Allah bukan sekadar tahu dan mengetahui tetapi Allah Maha Mengetahui!

Di sinilah rasa kecintaan kepada Allah, rasa ketaatan, rasa kehambaan dan keredaan atas pemberian Allah. Perasaan sunyi ini adalah pemberian Allah. Maka uruslah ia dengan merujuk kembali kepada Dia.

Ganjaran yang bakal dikecapi bukanlah kerana berjaya menamatkan pengajian ini dengan jayanya sebaliknya mengecap nikmat perjalanan yang dilalui ini dengan penuh ketabahan dan kesabaran. PhD ini bukanlah hanya dimiliki oleh orang yang cerdik pandai tetapi ia dimiliki oleh mereka yang tabah dan sabar. Justeru, untuk mendapatkan skala ketabahan dan kesabaran yang tinggi memerlukan pengorbanan hati yang besar dan jiwa yang kental. Bersandar seluruh pergantungan dan harapan dengan jalinan perhubungan yang baik dengan Allah

Kita terlupa sebenarnya kita sedang berbahagia! Banyak hadis-hadis Rasulullah(sollu) yang menceritakan tentang kelebihan orang-orang yang menuntut ilmu. Antaranya Allah menjanjikan jalan yang mudah ke syurga, para malaikat melebarkan sayapnya dengan penuh redha, beroleh pahala seperti mengerjakan ibadah haji, mendapat kedudukan seperti orang-orang yang berjihad di jalan Allah dan diangkat kedudukan dengan beberapa tingkatan darjat.

Oh ya…
patutlah orang yang berada di luar ‘terowong’ melihat betapa bahagia dan indahnya kita yang sedang berada dalam ‘terowong’. Sedangkan pada hakikatnya, kita yang sedang berada dalam ‘terowong’ itu merasa sengsara dan dukacita kerana asyik menginginkan persahabatan dan pergantungan dengan makhluk.

Hidup kita tidak akan merasa sunyi lagi andainya kita rajin menyelak lembaranNya dan menghayati kalam-kalam yang berupa pesanan dan ingatan yang disampaikan kepada kita melalui Rasulullah Sallallahu alaihi wasaalam

Semoga menjadi ingatan dan kenangan buat yang diri yang menulis dan manfaat kepada semua yang sudi membacanya.

Thursday, July 26, 2018

Bicara Hakikat


Sahabat-sahabatku yang dikasihi.

Hati kamu adalah seumpama cermin yang berkilat. Kamu mesti membersihkannya daripada debu dan kekotoran yang menutupinya.
Cermin hati kamu itu telah ditakdirkan untuk memancarkan cahaya rahsia-rahsia Ilahi.
Bila cahaya dari "Allah adalah cahaya bagi semua langit dan bumi..." mula menyinari ruang hati kamu, lampu hati kamu akan menyala.
Lampu hati itu "berada di dalam kaca, kaca itu sifatnya seumpama bintang berkilau-kilauan terang benderang..."
Kemudian kepada hati itu anak panah penemuan-penemuan suci akan hinggap. Anak panah kilat akan mengeluarkan daripada awan petir maksud "bukan dari timur atau barat, dinyalakan dari pohon zaitun yang diberkati..." dan memancarkan cahaya ke atas pokok penemuan, sangat tulen, sangat lutsinar sehingga ia "memancarkan cahaya walaupun tidak disentuh oleh api". Kemudian lampu makrifat (hikmah kebijaksanaan) akan menyala sendiri.
Mana mungkin ia tidak menyala sedangkan cahaya rahsia Allah menyinarinya?

Sekiranya cahaya rahsia Ilahi bersinar ke atasnya, langit malam kepada rahsia-rahsia akan menjadi terang oleh ribuan bintang-bintang "
...dan berpandukan bintang-bintang (kamu) temui jalan (kamu)...". Bukanlah bintang yang memandu kita tetapi cahaya Ilahi.
Lantaran Allah "...menghiaskan langit rendah dengan keindahan bintang-bintang". Sekiranya lampu rahsia-rahsia Ilahi dinyalakan di dalam diri batin kamu yang lain akan datang secara sekaligus atau beransur-ansur.



Langit ketidaksedaran (kelalaian) yang gelap akan dinyalakan oleh kehadiran Ilahi dan kedamaian serta keindahan bulan purnama yang akan naik dari ufuk langit memancarkan "cahaya di atas cahaya" berterusan meninggi di langit, melepasi peringkat yang ditentukan sebagaimana yang Allah telah tentukan bagi kerajaan-Nya, sehingga ia bersinar penuh kemuliaan di tengah-tengah langit, menghambat kegelapan kelalaian. "(Aku bersumpah) demi malam apabila ia senyap sepi...dengan cuaca pagi yang cemerlang..." malam ketidaksedaran kamu akan melihat terangnya hari siang. Kemudian kamu akan menghirup air wangi kenangan dan "bertaubat di awal pagi" terhadap ketidaksedaran (kelalaian) dan menyesali umur kamu yang dihabiskan di dalam lena. Kamu akan mendengar nyanyian burung bulbul di pagi hari dan kamu akan mendengarnya berkata:
Mereka tidur sedikit sahaja di malam hari dan pada awal pagi mereka memohon keampunan Allah

Allah bimbangkan kepada cahaya-Nya sesiapa yang Dia kehendaki.
Kemudian kamu akan melihat di ufuk langit peraturan Ilahi akan matahari ilmu batin mula terbit. Ia adalah matahari kamu sendiri, Lantaran kamu adalah "yang Allah beri petunjuk" dan kamu "berada pada jalan yang benar" dan bukan "mereka yang Dia tinggalkan di dalam kesesatan". Dan kamu akan memahami rahsia:
Tidak diizinkan matahari mengejar bulan dan tidak pula malam mendahului siang. Tiap sesuatu berjalan pada landasan (masing-masing).
Akhirnya ikatan akan terurai selaras dengan "perumpamaan yang Allah adakan untuk insan dan Allah mengetahui tiap sesuatu", dan tabir-tabir akan terangkat dan kulit akan pecah, mendedahkan yang seni di bawah pada yang kasar. Kebenaran akan membuka tutupan mukanya.

Semua ini akan bermula bila cermin hati kamu dipersucikan. Cahaya rahsia-rahsia Ilahi akan memancar Padanya jika kamu berhajat dan bermohon kepada-Nya, daripada-Nya, dengan-Nya

Monday, June 25, 2018

Throwback



Kebelakangan ini,,

Ada yang masih mencari..
Ada yang masih menanti..

Ada yang ternanti-nanti..

Ada yang tenang,, tanda sudah pasti..


Memetik ungkapan di laman teknologi media kini..

Jangan kerana Allah memudahkan kamu dalam hal sesuatu..

kamu layak dan mampu memandang mereka yang masih mengharap dan menggarap sesuatu itu..

Bukanlah untuk mengangkat sebagai pujangga.. tapi.. Peringatan kepada yang membangun sifat memanusiakan manusia..

kerana apa.. memang sifat kita manusia.. sentiasa lupa dan alpa.. perlu pada peringatan..

tidak lah seperti seorang Hamba..

yang teguh taat nya kepada YANG ESA.


As salam.

Monday, January 15, 2018

Journal of Philosophy

Mengira detik waktu sambil menebar titik dari kalam, Assalam

Pengembara di dunia, oleh para roh untuk menuju ke maqamat (maqam) dalam destinasi menuju menagih Redha Allah
dengan menggunakan fisikal jasad yang sempurna sihat sebagai penggerak kenderaan.

nampak dalam nya kan?

Itu yang hakiki. Jurnal filosofi ini akan aku mulai..
dengan titik2 perjalanan aku mengembara di dunia ini..
dalam bidang yang aku selami di pangkal aqal.
sambil ku menyelam takjub pada Maha Pencipta.

Semoga permulaan perjalanan aku ini tidak sirna dengan aral2 yang bakal melintas.
Insha Allah.

Ku pohon Wabitamim bilkhoir. Aamiin.



Akhir kalam. Doakan aku.

Saturday, October 3, 2015

BUKAN SENANG NAK SENANG, BUKAN SUSAH NAK SUSAH

Rezeki Allah itu luas, meliputi langit dan bumi,,,
terkadang manusia, aku, kurang menghayati erti bersyukur..
kita sentiasa merungut atas apa yang belum kita dapat,
tapi kita jarang mengenang dan bersyukur atas apa yang telah kita miliki,

Di mata mereka kita nampak bahagia, senang, dan tiada masalah,, kerana itu mata mereka,
Tapi pada hakikatnya, biarlah kita sahaja tahu,
Mereka x akan mengerti,, biarpun tidur sebantal, berkongsi sudu dan pinggan, hati mereka tetap kita xmampu selami, begitu jua hati kita,

Hanya satu jalan yang yakin dan pasti
Serahkan lah segalanya kepada Yang Maha Esa,,
Ingatan padaNya tika waktu senang mahupun susah itu lah rahsianya,





akhir kalam, aku rindu abah.