Melayari bahtera hidup ini bukan mudah...berpegang teguhla pada dua panduan yg kekal kebenarannya...
AL-QURAN dan AS SUNNAH...insyaAllah,,bahagia kekal untukmu,,

Thursday, July 26, 2018

Bicara Hakikat


Sahabat-sahabatku yang dikasihi.

Hati kamu adalah seumpama cermin yang berkilat. Kamu mesti membersihkannya daripada debu dan kekotoran yang menutupinya.
Cermin hati kamu itu telah ditakdirkan untuk memancarkan cahaya rahsia-rahsia Ilahi.
Bila cahaya dari "Allah adalah cahaya bagi semua langit dan bumi..." mula menyinari ruang hati kamu, lampu hati kamu akan menyala.
Lampu hati itu "berada di dalam kaca, kaca itu sifatnya seumpama bintang berkilau-kilauan terang benderang..."
Kemudian kepada hati itu anak panah penemuan-penemuan suci akan hinggap. Anak panah kilat akan mengeluarkan daripada awan petir maksud "bukan dari timur atau barat, dinyalakan dari pohon zaitun yang diberkati..." dan memancarkan cahaya ke atas pokok penemuan, sangat tulen, sangat lutsinar sehingga ia "memancarkan cahaya walaupun tidak disentuh oleh api". Kemudian lampu makrifat (hikmah kebijaksanaan) akan menyala sendiri.
Mana mungkin ia tidak menyala sedangkan cahaya rahsia Allah menyinarinya?

Sekiranya cahaya rahsia Ilahi bersinar ke atasnya, langit malam kepada rahsia-rahsia akan menjadi terang oleh ribuan bintang-bintang "
...dan berpandukan bintang-bintang (kamu) temui jalan (kamu)...". Bukanlah bintang yang memandu kita tetapi cahaya Ilahi.
Lantaran Allah "...menghiaskan langit rendah dengan keindahan bintang-bintang". Sekiranya lampu rahsia-rahsia Ilahi dinyalakan di dalam diri batin kamu yang lain akan datang secara sekaligus atau beransur-ansur.



Langit ketidaksedaran (kelalaian) yang gelap akan dinyalakan oleh kehadiran Ilahi dan kedamaian serta keindahan bulan purnama yang akan naik dari ufuk langit memancarkan "cahaya di atas cahaya" berterusan meninggi di langit, melepasi peringkat yang ditentukan sebagaimana yang Allah telah tentukan bagi kerajaan-Nya, sehingga ia bersinar penuh kemuliaan di tengah-tengah langit, menghambat kegelapan kelalaian. "(Aku bersumpah) demi malam apabila ia senyap sepi...dengan cuaca pagi yang cemerlang..." malam ketidaksedaran kamu akan melihat terangnya hari siang. Kemudian kamu akan menghirup air wangi kenangan dan "bertaubat di awal pagi" terhadap ketidaksedaran (kelalaian) dan menyesali umur kamu yang dihabiskan di dalam lena. Kamu akan mendengar nyanyian burung bulbul di pagi hari dan kamu akan mendengarnya berkata:
Mereka tidur sedikit sahaja di malam hari dan pada awal pagi mereka memohon keampunan Allah

Allah bimbangkan kepada cahaya-Nya sesiapa yang Dia kehendaki.
Kemudian kamu akan melihat di ufuk langit peraturan Ilahi akan matahari ilmu batin mula terbit. Ia adalah matahari kamu sendiri, Lantaran kamu adalah "yang Allah beri petunjuk" dan kamu "berada pada jalan yang benar" dan bukan "mereka yang Dia tinggalkan di dalam kesesatan". Dan kamu akan memahami rahsia:
Tidak diizinkan matahari mengejar bulan dan tidak pula malam mendahului siang. Tiap sesuatu berjalan pada landasan (masing-masing).
Akhirnya ikatan akan terurai selaras dengan "perumpamaan yang Allah adakan untuk insan dan Allah mengetahui tiap sesuatu", dan tabir-tabir akan terangkat dan kulit akan pecah, mendedahkan yang seni di bawah pada yang kasar. Kebenaran akan membuka tutupan mukanya.

Semua ini akan bermula bila cermin hati kamu dipersucikan. Cahaya rahsia-rahsia Ilahi akan memancar Padanya jika kamu berhajat dan bermohon kepada-Nya, daripada-Nya, dengan-Nya

Monday, June 25, 2018

Throwback



Kebelakangan ini,,

Ada yang masih mencari..
Ada yang masih menanti..

Ada yang ternanti-nanti..

Ada yang tenang,, tanda sudah pasti..


Memetik ungkapan di laman teknologi media kini..

Jangan kerana Allah memudahkan kamu dalam hal sesuatu..

kamu layak dan mampu memandang mereka yang masih mengharap dan menggarap sesuatu itu..

Bukanlah untuk mengangkat sebagai pujangga.. tapi.. Peringatan kepada yang membangun sifat memanusiakan manusia..

kerana apa.. memang sifat kita manusia.. sentiasa lupa dan alpa.. perlu pada peringatan..

tidak lah seperti seorang Hamba..

yang teguh taat nya kepada YANG ESA.


As salam.

Monday, January 15, 2018

Journal of Philosophy

Mengira detik waktu sambil menebar titik dari kalam, Assalam

Pengembara di dunia, oleh para roh untuk menuju ke maqamat (maqam) dalam destinasi menuju menagih Redha Allah
dengan menggunakan fisikal jasad yang sempurna sihat sebagai penggerak kenderaan.

nampak dalam nya kan?

Itu yang hakiki. Jurnal filosofi ini akan aku mulai..
dengan titik2 perjalanan aku mengembara di dunia ini..
dalam bidang yang aku selami di pangkal aqal.
sambil ku menyelam takjub pada Maha Pencipta.

Semoga permulaan perjalanan aku ini tidak sirna dengan aral2 yang bakal melintas.
Insha Allah.

Ku pohon Wabitamim bilkhoir. Aamiin.



Akhir kalam. Doakan aku.